Tuesday, November 9, 2010

" BERHENTI MEROKOK...MARI BERKAYUH..." PART 3


Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.


Mengapa saya harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
   1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama
       ahli keluarga.
   2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang
       berat badan atau mati selepas  
       lahir.
   3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
        ◦  Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan
           telinga, hidung dan tekak
        ◦  Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
        ◦  Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
   • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan
     penyakit berkaitan merokok.
     Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
   • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi
     hampir 4,000 bahan kimia dan  
     50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
   • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan
      merokok. Kanser paru-paru, sakit
      jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian
      lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat
      merokok
   • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat
      batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan
      perokok
   • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila
      anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, dimana
      asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain
      penyakit berkaitan dengan pernafasan
   • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
   • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
   • Meningkatkan deria bau dan rasa
   • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
   • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
   • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00
      sehari, pelaburan =RM150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda
      melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam
      akaun simpanan anda).
   • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh
      menyebabkan kebakaran
   • Meningkatkan kesuburan.
   • Meningkatkan tahap 'kelakian'

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
•Tetapkan tarikh untuk berhenti
•Yakin diri
•Buatkan nota peringatan
•Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
•Sentiasa berfikiran positif
•Dapatkan sokongan
•Gunakan terapi penganti nikotin
•Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :
1.  Melengah-lengahkan -Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2.  Menarik nafas panjang - Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3.  Minum air - Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4.  Menyibukkan diri - Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk
     melupakan rokok
5.  Menjauhkan diri -Daripada orang yang merokok
6.  Mengelakkan diri - Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada
     merokok
7.  Mengunyah sesuatu - Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8.  Membasuh tangan selalu
9.  Mandi dengan kerap
10.Meregangkan otot - Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11.Meditasi - Diam seketika, tarik nafas dalam dan panjang dan kuatkan azam
    di dalam hati yang anda berhenti merokok
12.Memohon doa - Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha


Sumber : http://www.infosihat.gov.my/

1 comment: