Wednesday, July 20, 2011

KL MOUNTAIN BIKE CARNIVAL 2011

Pada 16hb Julai yang lalu UniKL MSI MTB Team dan Danish Event telah berkayuh di KL Mountain Bike Carnival 2011 bagi acara Ride  Carnival. Bertolak dari Kulim (Zaki & Mizi) ke rumah mertua Megat di Kuala Kangsar untuk "transit" ke Putrajaya.
Tengah tunggu sahabat Mizi
PICC

Penginapan malam tu ditaja oleh sahabat kepada Mizi di Putrajaya. Ingat nak layan PCP tapi, cuaca dan masa tak mengizinkan.

Selepas solat Subuh, terus bergerak ke Kiara dan masing2 bersarapan dengan nasi lemak.
1st time di Kiara
Sungguh gembira....mai Kiara sekali lagi

Terdapat 2 laluan pilihan trek pada pagi tu, Long atau Short, jadi kami pilih Long (penat mai jauh2 kena rasa trek ni puas2).
Trek memang teknikal....dan agak basah sebab hujan malam tu.

Semasa downhill, hasrat Megat untuk downhill terbantut . Ada rakan kayuh jatuh dan patah tangan semasa downhill. Mizi telah membantu rakan tersebut dengan membuat anduh menggunakan baju dan barangan lain sebelum bantuan paramedik sampai. (patutla jadi ejen insurans la nie).



Mizi sedang memberi bantuan sambil dinilai oleh Megat


Bergambar kenang2an sebelum kayuh semula

Tengah tengok apa tu????

Kemudian kayuhan diteruskan sehingga penamat.
Jom layan makan pulak