Tuesday, November 9, 2010

"BERHENTI MEROKOK...MARI BERKAYUH..." PART 1

Apakah bahaya merokok?


Merokok boleh menyebabkan ketagihan.Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.


Apakah Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok?
  • Barah paru-paru
  • Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  • Sakit jantung iskaemia
  • Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  • Kanser pundi kencing
  • Air mani tidak normal
  • Lemah ingatan
  • Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  • Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  • Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  • Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
Jangan Hisap Rokok....

Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ?

Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.

Healthy Pink Lung


 Lung of Smoker : Dying to death.

Bagaimana cara berhenti merokok ?
Jangan merokok dari awal
Jika sudah ketagih ,ada 3 cara
   i.   Berhenti terus
   ii.  Berhenti beransur-ansur
   iii. Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin.

Anda boleh ke klinik-klinik kesihatan terdekat untuk memohon bantuan dari pegawai perubatan, pembantu perubatan atau jururawat jika ingin berhenti merokok.


Mari berazam untuk menjauhi tabiat merokok...kerana memang telah terbukti merokok kompem merbahayakan kesihatan... Kepada yang tidak merokok, jauhi perokok supaya anda dapat mengelakkan diri daripada menjadi perokok sekunder (secondary smoker)... Jauhkan juga anak-anak anda daripada terdedah kepada asap rokok.(Malaysia Cancer Statistics, Data And Figure Peninsular Malaysia 2006)








No comments:

Post a Comment