Wednesday, September 26, 2012

Hard Rock Jeli Ride 2012

Kepada semua peserta yang mewakili UniKL Cycling Community @ UniKL MSI


Selamat Berjuang di UMK, Jeli



Monday, February 13, 2012

KAYUHAN AMAL GAZA, PALESTIN 17 MAC 2012





Program KAYUHAN AMAL anjuran Badan Amal Kebajikan Nun dibawah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan juga UniKL MSI bertujuan untuk mengumpul dana Projek Pembangunan Hospital Kanak-kanak Gaza, Palestin.




Sumbangan penyertaan RM10.00 dengan sebahagiannya akan disalurkan ke dalam tabung Projek Pembangunan Hospital Kanak-kanak Gaza, Palestin. Sumbangan tambahan amat dialu-alukan. Jazakallah...



Bank in sumbangan anda ke Bank Muamalat:

Akaun no. 02032-0002492715 (Bakti Kebajikan Nun)



Sila Muat Turun borang di sini : -  KLIK SINI UNTUK BORANG


Fax borang dan bukti transaksi ke 04-4952830
Email ke   airpenawarpondok@yahoo.com
Serahan tangan diterima di Pejabat BAKUN atau Lobi UniKL MSI


Jarak perjalanan sekitar 30KM+- (Tarmac)

UniKL MSI-KHTP-Petronas Sg.Kob-Ulu Paip (2hala)

Konsep : Funride @ santai @ berkelah @ informasi & ilmu



MTB, Roadie, Fixie, Mini, Hybrid, Tandem, Basikal Tua, dan lain-lain dialu-alukan. Kenderaan bantuan dan iringan disediakan. Abang, kakak, adik, pakcik dan makcik dijemput bersama.. (^_^)



Jamuan tengahari disediakan.



Sebarang pertanyaan hubungi:

Cikgu Hj. Md. Yatim 019-4443577 (Pengerusi Program)

Ustaz Zaki Sabawehi 012-2740459 (Bendahari Program)

Mohd Zaki 012-4852626 (AJK)

Megat Amzari 013-3923123







Info Badan Amal Kebajikan Nun:

http://bakun07.blogspot.com/

http://www.facebook.com/pages/Bakti-Kebajikan-Nun-BAKUN/153508268068174



Info Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia:

http://www.facebook.com/pages/Majlis-Perundingan-Pertubuhan-Islam-Malaysia/204240016257313?sk=info
 
 

Thursday, January 5, 2012

KAYUHAN MERDEKA KE SEDIM




Tarikh : 29/12/2012
Masa : 8.30 AM - 3.30 PM
Geng Kayuh : UniKL MSI dan Danish Event (Tunggu di Sg Kob)


Agak lama juga tidak berkayuh bersama-sama semenjak Kayuhan Selama dulu, dengan usaha Mr. Megat maka sekali lagi diadakan kayuhan ke Kawasan Perkelahan Sedim. Pada awalnya seramai 10 orang pengayuh bersetuju untuk kayuh pada hari tersebut, namun pada hari kejadian hanya 6 orang sahaja yang kayuh kerana ada urusan sendiri dan ada yang demam. 


Simpang ke Kerbau Balar
Kayuhan bermula dari kampus UniKL MSI menuju ke Restoran Desa Kob untuk bersarapan dahulu.Di sana rakan-rakan dari Danish Event telah tersedia menunggu untuk meruskan kayuhan ke Sedim. 

Di Sedim group berpecah dua kepada yg mandi-manda dan beberapa orang lagi pengayuh tegar telah melayan trek downhill di sana.

Semasa perjalan balik salah sebuah beskal mengalami kerosakkan teknikal, namun alhamdulillah dapat di baiki. Terima kasih kepada Cikgu Din yang mengiringi dengan menaiki motosikal dan memberi bantuan kepada pengayuh tegar yang dah nak "krem".

Mr. Megat and Mr. Goat

Mr. Fauzi sedang melayan Downhill trek jalan tar ke Sedim


Upacara mandi-manda bermula

Mr. Najwan tekun menyambung rantai beskal yg putus - "Where Knowledge is Applied"

Wednesday, July 20, 2011

KL MOUNTAIN BIKE CARNIVAL 2011

Pada 16hb Julai yang lalu UniKL MSI MTB Team dan Danish Event telah berkayuh di KL Mountain Bike Carnival 2011 bagi acara Ride  Carnival. Bertolak dari Kulim (Zaki & Mizi) ke rumah mertua Megat di Kuala Kangsar untuk "transit" ke Putrajaya.
Tengah tunggu sahabat Mizi
PICC

Penginapan malam tu ditaja oleh sahabat kepada Mizi di Putrajaya. Ingat nak layan PCP tapi, cuaca dan masa tak mengizinkan.

Selepas solat Subuh, terus bergerak ke Kiara dan masing2 bersarapan dengan nasi lemak.
1st time di Kiara
Sungguh gembira....mai Kiara sekali lagi

Terdapat 2 laluan pilihan trek pada pagi tu, Long atau Short, jadi kami pilih Long (penat mai jauh2 kena rasa trek ni puas2).
Trek memang teknikal....dan agak basah sebab hujan malam tu.

Semasa downhill, hasrat Megat untuk downhill terbantut . Ada rakan kayuh jatuh dan patah tangan semasa downhill. Mizi telah membantu rakan tersebut dengan membuat anduh menggunakan baju dan barangan lain sebelum bantuan paramedik sampai. (patutla jadi ejen insurans la nie).



Mizi sedang memberi bantuan sambil dinilai oleh Megat


Bergambar kenang2an sebelum kayuh semula

Tengah tengok apa tu????

Kemudian kayuhan diteruskan sehingga penamat.
Jom layan makan pulak