Thursday, January 5, 2012

KAYUHAN MERDEKA KE SEDIM




Tarikh : 29/12/2012
Masa : 8.30 AM - 3.30 PM
Geng Kayuh : UniKL MSI dan Danish Event (Tunggu di Sg Kob)


Agak lama juga tidak berkayuh bersama-sama semenjak Kayuhan Selama dulu, dengan usaha Mr. Megat maka sekali lagi diadakan kayuhan ke Kawasan Perkelahan Sedim. Pada awalnya seramai 10 orang pengayuh bersetuju untuk kayuh pada hari tersebut, namun pada hari kejadian hanya 6 orang sahaja yang kayuh kerana ada urusan sendiri dan ada yang demam. 


Simpang ke Kerbau Balar
Kayuhan bermula dari kampus UniKL MSI menuju ke Restoran Desa Kob untuk bersarapan dahulu.Di sana rakan-rakan dari Danish Event telah tersedia menunggu untuk meruskan kayuhan ke Sedim. 

Di Sedim group berpecah dua kepada yg mandi-manda dan beberapa orang lagi pengayuh tegar telah melayan trek downhill di sana.

Semasa perjalan balik salah sebuah beskal mengalami kerosakkan teknikal, namun alhamdulillah dapat di baiki. Terima kasih kepada Cikgu Din yang mengiringi dengan menaiki motosikal dan memberi bantuan kepada pengayuh tegar yang dah nak "krem".

Mr. Megat and Mr. Goat

Mr. Fauzi sedang melayan Downhill trek jalan tar ke Sedim


Upacara mandi-manda bermula

Mr. Najwan tekun menyambung rantai beskal yg putus - "Where Knowledge is Applied"

No comments:

Post a Comment