KESAN POSITIF KE ATAS BADAN ANDA SELEPAS BERHENTI MEROKOK:
20 MINIT
Tekanan darah dan jantung akan kembali normal
12 JAM
Tahap karbon monoksida dalam badan kembali normal
24 JAM
Kemungkinan mendapat serangan jantung berkurangan
48 JAM
Deria rasa dan bau meningkat semula
72 JAM
Kapasiti paru-paru meningkat, menjadikan pernafasan lebih mudah
2 MINGGU HINGGA 3 BULAN
Peredaran darah dan jantung meningkat
1 BULAN HINGGA 9 BULAN
Sillium (struktur seakan rerambut yang berfungsi menyingkir bahan asing di laluan paru-paru) kembali normal dan meningkatkan keupayaan mengawal lendiran, membersihkan paru-paru dan mengurangkan risiko jangkitan
SELEPAS 1 TAHUN
Separuh daripada risiko serangan jantung dikurangkan.
Selain merasa lebih bertenaga, anda juga mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan angin ahmar dan kanser. Untuk mengekalkan status tidak merokok, tumpukan perhatian kepada faedah berhenti merokok, berilah ganjaran untuk diri sendiri dan mula bersenam secara tetap.
SENAMANLAH DENGAN KERAP SUPAYA TOKSIN DI DALAM BADAN DAPAT DISINGKIRKAN...
MINUMLAH AIR DENGAN BANYAK KERANA IA MAMPU MENYEGARKAN DAN MEMPERBAHARUI SEL-SEL DALAM BADAN.
BERHENTI MEROKOK...MARI BERKAYUH...
(^_^)
Dulu sebelum saya berhenti merokok, setiap kali menyertai jamboree, kayuh mendaki tercungap2, cepat penat..saya gagal complete setiap check point...
ReplyDeleteKini setelah berhenti, dada berasa lapang..tidak cepat penat dan kayuh mendaki dengan mentain sekali..(^_^) saya puas dengan prestasi..setiap jamboree complete check point.
trbaek la cik
ReplyDelete