Wednesday, November 24, 2010

JOM KAYUH: " KAYUHAN MERDEKA UNIKL MSI - LATA TEBING TINGGI, SELAMA"

DITUNDA

Mari raikan kemerdekaan kita setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan...

" KAYUHAN MERDEKA UNIKL MSI - LATA TEBING TINGGI, SELAMA"

Tarikh             : 28 November 2010.
Starting point  : UniKL MSI
Tayar bergolek : 7.30 pagi


Jarak perjalanan pergi dan balik 116km... Lebih 90% on-road... Bawa bersama kelengkapan basikal masing-masing...
Makan tepi jalan...ada rezeki akmal belanja...hehe...

FUNRIDE...FREE RIDE...


YANG PASTI PENGHUJUNGNYA.....WOOOOHHH SEJUKKK...
TAK LARAT KALU, KITA BERHENTI LA...PELAN2 KAYUH...



Tuesday, November 9, 2010

" BERHENTI MEROKOK...MARI BERKAYUH..." PART 3


Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.


Mengapa saya harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
   1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama
       ahli keluarga.
   2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang
       berat badan atau mati selepas  
       lahir.
   3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
        ◦  Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan
           telinga, hidung dan tekak
        ◦  Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
        ◦  Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
   • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan
     penyakit berkaitan merokok.
     Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
   • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi
     hampir 4,000 bahan kimia dan  
     50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
   • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan
      merokok. Kanser paru-paru, sakit
      jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian
      lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat
      merokok
   • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat
      batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan
      perokok
   • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila
      anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, dimana
      asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain
      penyakit berkaitan dengan pernafasan
   • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
   • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
   • Meningkatkan deria bau dan rasa
   • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
   • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
   • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00
      sehari, pelaburan =RM150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda
      melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam
      akaun simpanan anda).
   • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh
      menyebabkan kebakaran
   • Meningkatkan kesuburan.
   • Meningkatkan tahap 'kelakian'

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
•Tetapkan tarikh untuk berhenti
•Yakin diri
•Buatkan nota peringatan
•Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
•Sentiasa berfikiran positif
•Dapatkan sokongan
•Gunakan terapi penganti nikotin
•Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :
1.  Melengah-lengahkan -Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2.  Menarik nafas panjang - Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3.  Minum air - Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4.  Menyibukkan diri - Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk
     melupakan rokok
5.  Menjauhkan diri -Daripada orang yang merokok
6.  Mengelakkan diri - Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada
     merokok
7.  Mengunyah sesuatu - Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8.  Membasuh tangan selalu
9.  Mandi dengan kerap
10.Meregangkan otot - Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11.Meditasi - Diam seketika, tarik nafas dalam dan panjang dan kuatkan azam
    di dalam hati yang anda berhenti merokok
12.Memohon doa - Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha


Sumber : http://www.infosihat.gov.my/

" BERHENTI MEROKOK...MARI BERKAYUH...." PART 2

KESAN POSITIF KE ATAS BADAN ANDA SELEPAS BERHENTI MEROKOK:


20 MINIT
Tekanan darah dan jantung akan kembali normal

12 JAM
Tahap karbon monoksida dalam badan kembali normal

24 JAM
Kemungkinan mendapat serangan jantung berkurangan

48 JAM
Deria rasa dan bau meningkat semula


72 JAM
Kapasiti paru-paru meningkat, menjadikan pernafasan lebih mudah

2 MINGGU HINGGA 3 BULAN
Peredaran darah dan jantung meningkat


1 BULAN HINGGA 9 BULAN
Sillium (struktur seakan rerambut yang berfungsi menyingkir bahan asing di laluan paru-paru) kembali normal dan meningkatkan keupayaan mengawal lendiran, membersihkan paru-paru dan mengurangkan risiko jangkitan


SELEPAS 1 TAHUN
Separuh daripada risiko serangan jantung dikurangkan.


Selain merasa lebih bertenaga, anda juga mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan angin ahmar dan kanser. Untuk mengekalkan status tidak merokok, tumpukan perhatian kepada faedah berhenti merokok, berilah ganjaran untuk diri sendiri dan mula bersenam secara tetap.


SENAMANLAH DENGAN KERAP SUPAYA TOKSIN DI DALAM BADAN DAPAT DISINGKIRKAN...
MINUMLAH AIR DENGAN BANYAK KERANA IA MAMPU MENYEGARKAN DAN MEMPERBAHARUI SEL-SEL DALAM BADAN.

BERHENTI MEROKOK...MARI BERKAYUH...

(^_^)

"BERHENTI MEROKOK...MARI BERKAYUH..." PART 1

Apakah bahaya merokok?


Merokok boleh menyebabkan ketagihan.Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.


Apakah Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok?
  • Barah paru-paru
  • Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  • Sakit jantung iskaemia
  • Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  • Kanser pundi kencing
  • Air mani tidak normal
  • Lemah ingatan
  • Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  • Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  • Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  • Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
Jangan Hisap Rokok....

Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ?

Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.

Healthy Pink Lung


 Lung of Smoker : Dying to death.

Bagaimana cara berhenti merokok ?
Jangan merokok dari awal
Jika sudah ketagih ,ada 3 cara
   i.   Berhenti terus
   ii.  Berhenti beransur-ansur
   iii. Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin.

Anda boleh ke klinik-klinik kesihatan terdekat untuk memohon bantuan dari pegawai perubatan, pembantu perubatan atau jururawat jika ingin berhenti merokok.


Mari berazam untuk menjauhi tabiat merokok...kerana memang telah terbukti merokok kompem merbahayakan kesihatan... Kepada yang tidak merokok, jauhi perokok supaya anda dapat mengelakkan diri daripada menjadi perokok sekunder (secondary smoker)... Jauhkan juga anak-anak anda daripada terdedah kepada asap rokok.(Malaysia Cancer Statistics, Data And Figure Peninsular Malaysia 2006)








The Thompson Trail MTB Cameron Highland

Salam...  Ini cerita 3 bulan sudah... saja upload gambar-gambar, kasi semangat sikit untuk kayuh...syok woo... dah p pasti nak repeat lagi...

 Starting point at Habu.

Di tengah : Akmal yang sponsor INTRA turut serta.

 

Iron ladies turut serta...Tak perlu badan ketul-ketul untuk jadi iron lady.

Boh TeaShop.
 
 
 Memang syok, hawa dingin so tak penat sangat.

 

Perkampungan Orang Asli Kuala Boh.

 

70% perjalanan adalah pendakian.

 

Permandangan Ladang Boh.

 




Amacam?? cantik permandangan ciptaan Tuhan... Kita pasti kembali..


Sunday, November 7, 2010

Kayuhan Kuale Bandar Diraja 2010

Kayuhan Kuale Bandar Diraja



Pada 31 Oktober 2010 sekali lagi UniKL MSI/KHTB menyertai jamboree di Kuala Kangsar dengan menghantar wakil Megat dan Zaki.

KHT Bikerz


Walaupun terpaksa berpatah balik sejauh 6km untuk mencari telefon bimbit yang terjatuh(TQ Megat) di kawasan pokok senduduk, alhamdulillah rakan kayuh Asrul dan kawannya telah terjumpa HP tersebut.

Bersama Asrul

Kayuhan diteruskan walaupun berada di kedudukan terakhir semasa mencari HP, namun akhirnya dapat memotong rider yang dihadapan dan berjaya menghabiskan kayuhan dengan jarak kayuhan keseluruhan lebih 55km.


Trek memang best; jammed sekejap sahaja semasa melaui pokok senduduk, laluan menarik melalui kampung, hutan balak, sawah padi, ladang jambu, pokok naga...memag syok. 


Gunung Pondok
"Batu belah "






Uphill mencabar tetapi tidak terlalu panjang tetapi memerlukan kekuatan mental untuk menghabiskan....tapi downhill panjang memang best...layan. Downhill terakhir memang mencabar...


Insyallah..tahun depan boleh jumpa lagi di kuale....


Adios...